Thursday, March 6, 2014

Memohon Pasport buat kali pertama

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera... Kalau tengok tajuk post di atas sudah tentulah Terang lagi bersulah apa yang ingin aku sampaikan hari ni. Okay bagi mereka-mereka yang 1st time nak buat pasport macam aku ni, benda yang wajib korang bawa ialah:

                                                           1) Kad Pengenalan
                                                           2) Duit
                                                           3) Sebatang Pen

Benda ni memang wajib kena bawa sebab masa korang mula2 masuk dalam JABATAN PENDAFTARAN NEGARA diaorg akan bagi satu borong ringkas, jadi bila korang dah bawak pen siap2 korang tak perlu lah nak berebut pakai pen yang dekat kaunter tu. Lepas je isi borang tu baru diaorg akan bagi nombor.

Harga nak buat pasport ni untuk 2 tahun, RM100. Bagi yang nak buat 5 tahun, RM300. Kepada yang ingin membuat pasport untuk anak-anak yang belum ada i.c korang kena bawa sekali original surat beranak dan juga MYKID.

PERINGATAN!! Sila datang awal, kalau boleh sebelum office tu dibuka lagi, sebab bila korang datang lambat... aishhh malas lah nak cerita,try lah kalau nak tau. Office dibuka dari pukul 7.30am-5.00pm, hari isnin-jumaat. Maaf ye, sekarang ni JPN dekat wangsa maju tu dah x buka untuk hari Sabtu. Tapi kalau JPN area2 lain tu aku tak pasti. Apa-apa rajinlah menggogle ye.

PERINGATAN LAGI!!! Pemberian nombor giliran ni ada 2 sesi, satu belah pagi and satu belah petang. Tp aku dah bagi warning sila datang sebelum office dibuka lg.

Sebarang pertanyaan korang boleh lah tanya abang2 dan kakak2 RELA yang jaga dekat situ k, diaorg2 tu semua friendly. :)













Sunday, March 2, 2014

Percutian di Sungai Gabai.

Assalamualaikum! Siapa kata dekat KL tak ada sungai@air terjun yg best2 yang korang boleh melawat?. Instead of pergi Negeri-negeri lain, di Hulu Klang ada banyak waterfall yg best yg korang blh pergi and at the same time korang boleh jimat masa dan hari.

Perjalanan dari KL ke Air terjun Gabai it takes like 45 minit.. Tapi my friend cakap kalau siapa-siapa yang tau Jalan short-cut korang boleh ikut jalan tu, which is through Ampang. So kalau dr KL korang pergi je straight to Cheras and ikut sign board Hulu Klang. So bila dah masuk kat Hulu Klang tu korang boleh nampak jelas-jelas and terang-terang sign board Sungai Gabai.

Kepada sesiapa yang last minute plan nak pergi short picnic macam aku, korang tak payah kalut sangat lah nak beli makanan siap-siap dekat kL, sebab every Sunday ada pasar pagi otw nak ke Sungai Gabai. Tapi kalau korang tak berapa nak yakin bolehlah beli makanan siap2 dekat KL.

AWAS ye!! bila dah masuk jalan ke Sungai Gabai drive tu janganlah laju sangat, sebab jalan dia sangat sempit dan berUlar (bengkang-bengkok). Bila dah sampai pintu masuk Sungai Gabai korang ada 2 pilihan samada nak parking dekat luar atau parking dekat dalam. Apa beza parking dalam dan luar?? Bezanye parking dalam korang kena bayar RM1/head dan kenderaan akan In Shaa Allah dijamin selamat. Kalau parking dekat luar pulak no charge(FREE) tapi x berapa dijamin selamatlah.

AMARAN! Sungai Gabai ni banyak level. Kalau korang gagah perkasa macam kitaorg ni, dipersilakan lah menaiki anak tangga yang disediakan. Aku dah warning awal-awal tangga kat sungai gabai tu sumpah tinggi, aku rasa lebih tinggi dari tangga batu caves. PLUS, anak tangga yang agak lebar dan curam sangat berbahaya dan agak licin. So, better pakai selipar yang x licin k, nanti terjatuh boleh patah jugak tulang belakang.

DISARANKAN di sini kepada yang membawa anak2 kecik better korang lepak dekat bawah je, jangan nak mengatal naik tangga sebab serius korang akan menyesal,heheheee. Kalau nak tengok sangat tangga tu curam macam mana sila google k sebab aku dengan kekawan pun hilang mood nak bergambar masa naik tangga tu. (gila semput)

Bila je sampai dekat atas sekali (bukanlah paling atas pun) means dkt sini last korang mendaki tangga tu SubahanAllah indah sungguh cipataan Allah S.W.T. Dekat sungai gabai ni banyak batu. So kalau korang nak boleh bawak tikar atau letak je makanan korang atas batu-batu sungai kat tepi2 tu sebab batu dia agak besar jugaklah.



















Tips yang terakhir silalah bangun di awal-awal pagi bagi mengelakan kesesakan manusia di sungai tersebut.




Tuesday, January 7, 2014

iPhone Cover Case!!!

Hi there!! Anda pengguna Iphone?? tetapi masih tidak menjumpai cover case yang sesuai dengan Iphone anda? Don't worry dudes and girls because Ratu's Wardrobe now provide a lot of Iphone cover case yang seriously lawa-lawa and up to date! Plus murah and jimat $$$. Cuma like di link ini https://www.facebook.com/pages/Ratus-Wardrobe/303425916429782?ref=hl dan anda akan berpuas hati dengan produk yang ditawarkan!! 


















Wednesday, November 27, 2013

Suatu Ketika.... Ujian Demi Ujian

Assalamualaikum W.B.T and good evening everyone!!! seriously dah lama aku tak update blog. Bukan sebab tak ada benda nak cerita tapi al maklumlah baru nak b'career (ahak!). Now back to the topic, UJIAN DEMI UJIAN. Actually tajuk ni relate dengan pengalaman aku.

FYI, aku seorang lepasan UITM (Segamat) and i'm graduate in Degree In Islamic Banking and ALHAMDULILLAH syukur ke hadrat Allah S.W.T aku berjaya mendapat 1st class degree.. EHEM!!

Okay at the first moment aku confident dengan 1st class degree aku boleh dapat any job that I wanted, so seriously aku tak rasa risau langsung. So lepas je ak habis my practical dekat RHB Bank, I thought that they will employed me, but they did not. Masa tu aku dah mula DOWN.

Bila dah masuk 2 minggu aku menjadi penganggur terhormat, suddenly I received a call from ASTRO AWANI. Diaorang nak pakai pekerja as a DATA ENTRY selama 3 bulan. At that time I was like excited sebab ASTRO kot. Pada masa yang sama jugak aku attend interview, and guest what?? more than 10 interview session aku pergi and I fail all the interviews. SADIS!!

So after 3 month contract end at ASTRO AWANI, once again I became PENGANGGUR. Lama jugak lah, nak dekat 3 bulan aku menganggur. Cari kerja kat JOB STREET tu x payah nak cerita lah, dah lebih 60 job rasanya aku pilih.

Nak dijadikan cerita, dalam bulan June ak dapat offer kerja dekat AIA, area lebuh ampang tu. position as DATA ENTRY juga. Tapi tak lama, dalam sebulan je. Alhamdulillah ujian demi ujian akhirnya aku dapat job dekat AMBANK as Executive Operations (FINALLY!! THANK YOU ALLAH)

Jadi pengajaran dekat sini :

1) Jangan Pernah putus doa kepada Allah S.W.T
2) Solat Hajat kalau boleh jangan tinggal.
3) Rahsia Allah S.W.T itu sungguh indah.
4) Allah itu Maha Adil lagi Maha Penyayang kepada umatnya yang sentiasa berdoa.


                                                                       



Saturday, July 6, 2013

Suatu Ketika.. Kelemumur dan Tips!

Assalamualaikum semua!! Basically wanita yang bertudung ni kerap mengalami masalah kulit kepala yang tidak sihat, wait I mean semua wanita lah whether she's wearing tudung or not. In fact kaum lelaki juga ramai yang mengalami masalah kuli kepala yang tidak sihat. So bila kulit kepala kita tak sihat maka terjadilah salah satu fenomena yang dipanggil KELEMUMUR (maaf klu salah eja). Based on my experience, when I was like 12 years old something around that age, kepala I dah dipenuhi dengan kelemumur and yes at that age I tak ambil berat langsung pasal hygiene dan akibatnya memang segala tok nenek lah ada kat atas kepala I (not include kutu b*b*). So I made my own solution untuk menghilangkan kelemumur yang dah BERTEPEK, BERKERAK kat atas kulit kepala ni I used shampoo every time I mandi. Tapi I tak ingat I pakai shampoo apa time tu. So my mum belikanlah shampoo ni...


     Then bila pakai shampoo ni memang kelemumur hilang. As my age semakin meningkat I found that shampoo ni dah tak sesuai for me because the kelemumur are coming back! seriously at that time I rasa macam nak botakkan terus kepala I, tapi x boleh kan :) so my mum belikan shampoo ni pulak....



Shampoo ni seriously bau wangi. Bau ala2 honeydew. Tapi kelemumur tu tersangatlah degil,x kuar2 jugak and bila my mum tengok I dah macam orang gila mengaru kepala my mum ask me to change the shampoo then she bought this...

Guest what?? I pakai shampoo ni nauzubillah makin teruk yang teramat. Bayangkan setiap kali I garu kepala I akan rasa kelemumur yang BERKETUL-KETUL dan BERTEPEK-TEPEK TEBAL kat atas kulit kepala I. Then last resort I tell my mum belikan shampoo yang berangin and she bought this..

 
This shampoo I used it until now. Jenama shampoo ni FOLLOW ME, I guna yg colour hitam. I think this shampoo are really get along dengan rambut yang berkelemumur ni because one of the reason shampoo ni bila kita bilas dengan air, kulit kepala kita akan terasa berangin dan segar. 

So motif I cerita pasal all kinds of shampoo bukannye nak promote barang ke apa, but I think kalau siapa-siapa yang ada masalah kulit kepala as in kelemumur, better kita cuba shampoo yang berangin instead of guna shampoo yang berbau wangi. So that's all for today! :)

Monday, April 8, 2013

Assalamualaikum u'ollz!! Ratu's Wardrobe make a sizzling promotion starting from last night until 14th April 2013 which is buy any 3 pieces of tops or dresses at RM100 only. Grab as many as u can. Kepada mereka-mereka yang masih belum "like" Ratu's Wardrobe silalah "like" because this is limited promotion. This is the example of the tops and dresses that been promote: