Thursday, March 6, 2014

Memohon Pasport buat kali pertama

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera... Kalau tengok tajuk post di atas sudah tentulah Terang lagi bersulah apa yang ingin aku sampaikan hari ni. Okay bagi mereka-mereka yang 1st time nak buat pasport macam aku ni, benda yang wajib korang bawa ialah:

                                                           1) Kad Pengenalan
                                                           2) Duit
                                                           3) Sebatang Pen

Benda ni memang wajib kena bawa sebab masa korang mula2 masuk dalam JABATAN PENDAFTARAN NEGARA diaorg akan bagi satu borong ringkas, jadi bila korang dah bawak pen siap2 korang tak perlu lah nak berebut pakai pen yang dekat kaunter tu. Lepas je isi borang tu baru diaorg akan bagi nombor.

Harga nak buat pasport ni untuk 2 tahun, RM100. Bagi yang nak buat 5 tahun, RM300. Kepada yang ingin membuat pasport untuk anak-anak yang belum ada i.c korang kena bawa sekali original surat beranak dan juga MYKID.

PERINGATAN!! Sila datang awal, kalau boleh sebelum office tu dibuka lagi, sebab bila korang datang lambat... aishhh malas lah nak cerita,try lah kalau nak tau. Office dibuka dari pukul 7.30am-5.00pm, hari isnin-jumaat. Maaf ye, sekarang ni JPN dekat wangsa maju tu dah x buka untuk hari Sabtu. Tapi kalau JPN area2 lain tu aku tak pasti. Apa-apa rajinlah menggogle ye.

PERINGATAN LAGI!!! Pemberian nombor giliran ni ada 2 sesi, satu belah pagi and satu belah petang. Tp aku dah bagi warning sila datang sebelum office dibuka lg.

Sebarang pertanyaan korang boleh lah tanya abang2 dan kakak2 RELA yang jaga dekat situ k, diaorg2 tu semua friendly. :)













No comments:

Post a Comment