Sunday, March 2, 2014

Percutian di Sungai Gabai.

Assalamualaikum! Siapa kata dekat KL tak ada sungai@air terjun yg best2 yang korang boleh melawat?. Instead of pergi Negeri-negeri lain, di Hulu Klang ada banyak waterfall yg best yg korang blh pergi and at the same time korang boleh jimat masa dan hari.

Perjalanan dari KL ke Air terjun Gabai it takes like 45 minit.. Tapi my friend cakap kalau siapa-siapa yang tau Jalan short-cut korang boleh ikut jalan tu, which is through Ampang. So kalau dr KL korang pergi je straight to Cheras and ikut sign board Hulu Klang. So bila dah masuk kat Hulu Klang tu korang boleh nampak jelas-jelas and terang-terang sign board Sungai Gabai.

Kepada sesiapa yang last minute plan nak pergi short picnic macam aku, korang tak payah kalut sangat lah nak beli makanan siap-siap dekat kL, sebab every Sunday ada pasar pagi otw nak ke Sungai Gabai. Tapi kalau korang tak berapa nak yakin bolehlah beli makanan siap2 dekat KL.

AWAS ye!! bila dah masuk jalan ke Sungai Gabai drive tu janganlah laju sangat, sebab jalan dia sangat sempit dan berUlar (bengkang-bengkok). Bila dah sampai pintu masuk Sungai Gabai korang ada 2 pilihan samada nak parking dekat luar atau parking dekat dalam. Apa beza parking dalam dan luar?? Bezanye parking dalam korang kena bayar RM1/head dan kenderaan akan In Shaa Allah dijamin selamat. Kalau parking dekat luar pulak no charge(FREE) tapi x berapa dijamin selamatlah.

AMARAN! Sungai Gabai ni banyak level. Kalau korang gagah perkasa macam kitaorg ni, dipersilakan lah menaiki anak tangga yang disediakan. Aku dah warning awal-awal tangga kat sungai gabai tu sumpah tinggi, aku rasa lebih tinggi dari tangga batu caves. PLUS, anak tangga yang agak lebar dan curam sangat berbahaya dan agak licin. So, better pakai selipar yang x licin k, nanti terjatuh boleh patah jugak tulang belakang.

DISARANKAN di sini kepada yang membawa anak2 kecik better korang lepak dekat bawah je, jangan nak mengatal naik tangga sebab serius korang akan menyesal,heheheee. Kalau nak tengok sangat tangga tu curam macam mana sila google k sebab aku dengan kekawan pun hilang mood nak bergambar masa naik tangga tu. (gila semput)

Bila je sampai dekat atas sekali (bukanlah paling atas pun) means dkt sini last korang mendaki tangga tu SubahanAllah indah sungguh cipataan Allah S.W.T. Dekat sungai gabai ni banyak batu. So kalau korang nak boleh bawak tikar atau letak je makanan korang atas batu-batu sungai kat tepi2 tu sebab batu dia agak besar jugaklah.



















Tips yang terakhir silalah bangun di awal-awal pagi bagi mengelakan kesesakan manusia di sungai tersebut.




No comments:

Post a Comment