Saturday, December 24, 2011

Suatu Ketika.... cete2 kami

assalamualaikum... x nk tulis banyak sbb mls nk pk. cuba tgk gmbr bdk gemOk kat bwh ni.

                 hehehee... x cute langsung kan. time ni bdk ni umur 12 thn x silap.

setelah beberapa tahun....

                                              TARAAAAA!!!!!! Hensem x bdk gemok td??

p/s: dis is my brother.... daus jgn marah ek. hehehehee...

Sunday, December 4, 2011

Suatu Ketika.... iklan Nescafe yg paling da bomb!

Assalamualaikum semua... kali ni aku akan tunjuk satu video yang mungkin sesetgh kwn x dpt tgk time aku n kekawan yg lain present bel hari tu sbb ada yg datang LEWAT, x dtg CLASS, pergi SOLAT dan yang tak berkesempatan nak hayati video hari tu. so enjoy it....

 
credit to new training model (scha n faseh)

Saturday, December 3, 2011

Suatu Ketika.... ada mayat di atas kubah!!

Assalamualaikum.. (sila jawab ye).. ok, x silap aku dulu abah aku pernah crita ttg ada mayat di atas kubah masjid nabawi. lepas tu x silap aku abah cakap mayat tu tak boleh diangkat dan terus pihak sana ambil keputusan untuk tanamkan mayat kat situ jugak, sbb dah mmg x blh angkt, plus abah cakap sbb dye cuba nak curi mayat Rasulullah dekat dalam masjid 2, tapi x tahu lah kisah sebenar mayat ni macam mana. Lagipun dye dah x de dan x perlulah kita yang hidup ni mengaibkan mayat tersebut. Cuma kita yang masih hidup ni kena ambik beribu-ribu iktibar dan pengajaran agar benda2 ni semua x akan berlaku lagi.

inilah permadangan dari atas kubah masjid nabawi

 korang tak perlu nak buat apa2 assumption ttg kesalahan dan dosa dye. 
ambil pengajaran dan iktibar selagi kita ni masih hidup.


(credit to syakila sbb bg pinjam b/band)


                          

suatu ketika.... kisah seekor b.band..

Assalamualaikum semua... dah lama giler aku x update blog, reason pertama sbb bz dgn test..quiz..test..presentation..presentation... dan reason yang kedua sbb aku baru byr bil b.band ni.. disebabkan line b.band kat umah ak ni sangat "laju" aku x dapat nak upload banyak gambar ( geram yang teramat!).

                       

Tuesday, November 15, 2011

suatu ketika.... andai Rasulullah S.A.W masih bersama kita

diambil dr Zaharuddin.net

Wahai Rasulullah,
Tika ini, jika engkau hadir bertamu,
Mungkin mengalir deras airmatamu,
Dek kesayuan mengenang umatmu,
Terlalu jauh dari Allah dan risalahmu,
 
Wahai Rasulullah,
Nafsu kini menjadi tuhan,
Harta dan pangkat menjadi sembahan,
Melalaikan segala arahan & janji ketuhanan,
Ibadah dirasa berat tidak tertahan,
 Al Quran bukan lagi panduan kehidupan.
 
Wahai Rasulullah,
Kedamaian rumahtangga semakin hancur,
Sikap curang semakin subur,
Peranan ibubapa kian gugur,
Ketaatan anak-anak turut melebur,
 
‘Barah' di dalam keluarga menjadi parah,
Akibat solat yang tiada berarah,
Amat jauhlah keikhlasan ibadah
 
Wahai Rasulullah,
Kami  tidak mahu lupai jasa & kesukaranmu,
Namun ramai mendustakan ajaranmu,
Harta kini lebih dicintai dari cintamu,
Cinta Allah & Rasul menjadi lafaz kaku,
Seperti khayalan yang nyata palsu,
 
Wahai Rasulullah,
Dosa kami ibarat lautan tidak berpenghujung,
Namun dirasa umpama lalat di hujung hidung,
Hinggapnya hanya sebentar,
Bila ditepis ia tidak lagi berkunjung...
 
Taubat kami kurang kekesalan,
Tiada penghayatan, tiada keinsafan
Hati kian berkarat, dipenuhi dosa tanpa Nur Tuhan,
Anehnya, kami masih merasa layak ke syurga idaman,
 
Wahai Rasulullah,
Aurat wanita tercemar kian,
Berbangga ditayang & dihias berlebihan,
Ditagih penghargaan dan kalam pujian,
Tidak dipeduli murka Tuhan,
Bapa & suami dayus suatu kebiasaan,
Cuaikan amanah ketua keluarga lantikan tuhan,
 
Wahai Rasulullah,
Bersamamu, kami merindui kehidupan,
Namun adakah diri ini punyai kelayakan,
Dibanding sahabat, tabien & solihin yang beriman,
Dimanakah tempat kami di sisi insan kesayangan Tuhan,
Dipohon syafaatmu duhai kekasih pilihan,
 
Wahai Rasulullah,
Belas Allah kami harapkan,
Moga , tatkala menjelang kematian,
Jiwa yang sejahtera dapat kami hamparkan.
 

Friday, November 11, 2011

Suatu ketika... berita gumbira 4 samsung corby 2 user!!

Good news utk sp2 yg pki hp samsung corby 2 sbb skrg dah senang nak cari theme phone n games!. Dekat cini aku akn link kan 2 web site 4 da theme n games. Serious mmg bez sbb ada banyak new widgets yg korang blh download n cool themes!. Games dye mmg gempak terasa mcm main game dkt samsung galaxy plak (saje2 nak over).

               1) http://vinaytechs.blogspot.com
                            (website ni 4 da games. ada lbh 20 game dlm ni.. cubalah bru tau...)

                     2)http://hazelberrykins.blogspot.com
                            (dis one 4 da themes n widgets.. tersgt2 cool...)

Thursday, November 10, 2011

Suatu ketika... my weird hobby??

Em,merujuk tajuk di atas aku tak pasti sama ada pelik ke x sbb aku rasa semua org ada hobi msg2..ye tak?? so hobi aku suka kumpul keychain. Sebenarnye mula2 benda ni jd habit je, kalau sedara@kwn2 nak g melancong diaorg akn tanya,

                             "nak order pape x?"

so aku manalah tau apa yg special kat tmpt diaorg pg, so aku pun ckp
                         
                            "belikan aku keychain"

mula2 jadi habit, so bila dah lama2, kumpul keychain ni dah jadi hobi dan aku rasa benda ni dah jadi mcm satu kepuasan taw (muka bersungguh2).

aku gantung keychain ni kat dalam almari sbb kalau gantung kat luar almari malam2 dye berbunyi so x bestlah tido ada bunyi ketuk2,menggangu (padahal takut)


keychain yang bentuk ikan tu dpt dari abah, ketam tu pun abah bagi jugak.



                       dari hujung bandung (syafiq bg), India (kak jega bg), Penang (x ingtlah sp bg), 
Paris (mak lang bg)

Suatu ketika.... kisah sebuah almari

Hari ni aku bangun lambat gila2 yg menyebabkan mak aku masam muka dengan aku. Lepas bangun aku terus pg dapur, just nak check it out mama msk apa.. gulpp! laksam 2 (focus2 mood berdiet skung). So aku rasa bersalah dkt mama sbb bgn lambat so aku pun buat2 rajin ar (membodek is my hobi). Aku masuk bilik and buka almari, MasyaAllah... almari aku dah macam tempat buang baju terpakai je (gila teruk kan).  Argh! tension tgk almari tu, so dgn hati yang berat dan x berapa ikhlas aku pun kemaslah........


haa.. amacam??? kalah almari anak bujang 2...






Selang beberapa minute (miracle happen), pergh giler kemas almari anak dara ni (muka confident sambil  mengangkat kening kanan)

Satu ketika... Abah di Afghanistan

Humm.. nak jeles pun tak boleh sebab bapak sendiri. bukan apa, abah dah banyak sangat tempat yang dye pernah melawat sejak muda lagi.Maksud aku melawat negara-negara asing. Seronok tgk gmbr2 tempat yang dye pernak pergi. So dari situ aku berazam nak belajar btl2, nt dpt gaji best boleh melawat tempat2 yg best gak.



Bestnye abah pegang salji..

permandangan sangat cantik. mcm dalam frame gbr.



x sangka kan dkt afghanistan muka orang2 dye ada iras2 muka bangsa mongolia

suatu ketika... kisah2 lama..

26/2/2011 (6.43pm)

hari ni hari yang sangat memenatkan untk dis month.pagi td ada CS kat kampung balai badang. perjalanan mengambil masa dalam 45 minit, masa pegi 2 pak cik bus dah pesan yg perangai org kat kampung 2 x brapa elk, tp x blh dgr sgt ckp dye 2..bukan apa,sbb kita x kenal maka x cinta. oklah gotong royong 2, ambik masa dalam 1jam 30 minit. Ada 2 kumpulan, 1 kumpulan bersihkan masjid and 1 kumpulan lagi bersihkan balai raya. aku n kwn2 yg lain dapat balai raya.. emmm... nak kata penat 2 penat lah jugak,tp bila buat ramai2 plus dgn hati yg ikhlas,semuanye berjalan dgn lancar. lepas hbs semua keje kitaorg patah balik ke masjid sbb nak lunch. mmg masakn kmpg bezz gler sbb perut time 2 sorang2 kebulurAN. Lauk dye ayam masak merah,sardin gulai nenas, timun n belacan,kubis goreng n oren ais. Bler perut kenyang mata mula menutup..hehehee... naik je bus semua dummm! tido ar apa lg... penat kott.. Lepas dah sampai UiTM aku n miemie berlari ke kayangan sbb nak settledkn PtPtN!.. ALHAMDULILLAH semua berjalan lancar, PT aku pun diluluskan... cuma ada cikit je prob.. tapi semua bereh.Tapi 2lah, kecian gler kat miemie sbb PT dye kna reject. Dye kata sbb tarikh masuk dye ada masalah. It's ok miemie.. (^.^). kitaorg sampai rumah dlm pkl 5p.m. KELETIHAN!!

gambar ni diambil sebelum bertolak ke kampung balai badang


lokasi di balai badang. Time ni dah habis gotong royang, tgu turn org kampung msk plak.